Thursday, September 15, 2011

Kenapa Aku Nak Diet

Salam, okeh kadang-kadang orang tanya, Kenapa Aku Nak Diet? mestilah aku nak diet sebab aku nak kelihatan kecik sikit dari sekarang nie, sekarang nie banyak sangat nampak kecomelanku, naik segan nak bergaul dengan orang ramai, lagipun badan besar-besar nie betul buat aku rimas, nak bergerak cepat sangat penat, contoh macam naik tangga, baru panjat beberapa anak tangga aku dah letih, betul tau tak tipu, pedahal berat badan ku sebenarnya masih tahap ok, tapi ok pun over weight juga lah.


Gambar : http://howtocleanseyourbody.com

Aku berazam, sekiranya aku berjaya menurunkan berat badanku dalam tempoh 3 bulan, maksudnya sehingga hujung bulan 12, aku bersedia untuk pregnant anak ke 3, sekarang nie tak boleh lagi, sebab aku risau nanti berat badanku bertambah-tambah, nanti susah juga tak boleh nak bergerak sangat, kalau gemuk sangat nie time tulah penyakit semua datang, lagi-lagi kalau berbadan dua, memang senang sangat nak dapat kencig manis or darah tinggi, so aku takut yang tu je, sekurang-kurangnya kalau aku slim sikit takdelah time pregnant nanti aku penat nak bawa diri kan.




Gambar : http://simplemom.net

Aku harap sangat aku dapat mengurangkan berat dalam masa 3 bulan nie, so tahun depan boleh pertimbangkan untuk new baby, ku berharap sangat, haihhhh doakan aku berjaya yea, selagi aku tak turunkan berat badan selagi tulah aku rasa aku lambat lagi nak dapat baby, sebab takut kegemukan tu bertambah-tambah, so persediaan tu perlu.

You can do it Yan!!!

2 comments:

  1. aku mendoakan yan berjaya kurus dgn suksesnya demi mencapai target mendptkan adik girl utk aiman dan haziq..

    ReplyDelete
  2. Ejam,

    Makasih ejam doa buat yan, insyaallah amin mudahan heeee ^____^

    ReplyDelete