Saturday, October 29, 2011

Good Bye 4.4kg

Salam, fuhhh lama juga tak menulis disini, bukan apa saya lupa password untuk blog ini, tak ingat guna email yang mana satu, jenuh jugak ler nak ingat email yang mana, lepas tu nak reset password lagi, uhhu, kali ni tulis password kat buku hehehe.


Pic : www.healthymami.com

Ok sepanjang blog ini tidak berupdate, saya tidaklah berdiet, cuma saya kurangkan makan sahaja, makan untuk sihat, takmo lah sekat-sekat makan, kalau sekat makan macam susah pulak berat nie nak turun, so makanya saya kurangkan je pengambilan makanan, still makan ok, tak sekat makan kikiki.

Monday, September 26, 2011

Lagi Koleksi Alat Senaman Ku

Salam, yessss aku kan tengah semangat nak bersenam, so agak bosan buat benda yang sama setiap hari kalau ada cara yang lain ok juga, atleast boleh selang seli dengan senaman lainkan, so meh aku nak kongsi Lagi Koleksi Alat Senaman Ku, semalam baru beli, masih bau kedai heeeee.


Jump Rope, sebelum nie aku dah ada jump rope nie tapi yang murah punya, memang ada kiraan sekali tapi jenis biasa bukan digital, tapi aku tak suka guna yang dulu punya sebab jap2 nak bergelung talinya, so memang tak best, yang dulu aku bagi kat anak je guna untuk main hehe.

Wowww Berat Turun 1.6kg Dalam 5 Hari

Salam, Wowww Berat Turun 1.6kg Dalam 5 Hari, jangan tak percaya yea, rasanya nie pertama kali berat turun mendadak, terkejut juga tapi itulah kenyataannya, takkan penimbangku pulak nak menipukan, kalau penimbang yang biasa tu bolehlah kata tak tepat bacaannya, nie penimbang digital, memang bacaan tepat, siap kira dengan gram sekali heeee.


So tahniah pada diri sendiri, aku memang happy sangat, kemain aku happy hari tu HAHAHAHA, tapi biasanya mula-mula memang berat cepat turunkan?, sebab orang cakap time tu yang kurang adalah air dan bukannya lemak, ntahlah yang penting berat turun.

Mee Kari Punya Pasal Takpe

Salam, heee kan hari tu masa Open House rumah member en.hubby aka memberku juga, menu yang disediakan semua sedap-sedah seh!, tapi aku kan tengah diet, tapi takkan tak makan langsung, so aku amik Mee Kari kat bawah nie, memang sedap, ikutkan nak tambah lagi, tapi disebabkan time tu dah agak lewat so takjadi sebab balik ingat terus nak tido je, hehehe.


Nasib baiklah guna bekas polistrin nie, kecik je mangkuknya, kalau guna mangkuk makan atau pinggan makan tu, perghhhhh!!! sure kalori nak meletop-letop. nie pun tinggi kalori sangat, huhuhu.

Projek Diet Hari Ke 5 - 9

Salam, yeeehhhaaa Projek Diet Hari Ke 5 - 9 (5 hari) aku tidak berdiet macam biasanya, aku cuma kawal pemakanan, manakan tidak hari tu Jumpa Blogger Dan Makan-Makan, so haruslah aku tidak berdiet, 5 hari juga aku cuma kawal pemakanan, pendek kata disini aku tidak berdiet sihat, open house sana sini, takkan tak datang pulak kan, dah orang jemput, bukannya orang lain, kawan sendiri yang jemput, dan takkan juga aku tak jamah apa yang terhidang, hehehe ^____^



Dan Hari nie start balik diet sihatku, open house semua dah takde, yeayyy merdeka!!

You can do it Yan!!!

Tuesday, September 20, 2011

Salad Tomato Bersama Isi Ikan Dan Tempe Goreng

Salam, nak kongsi satu menu diet yang berkhasiat lagi mengenyangkan, yang penting cepatt hadam, heeee. Menu nie macam biasalah akan aku cipta sendiri, dalam berdiet nie kita kena pandai mengolah menu, kalau tak tu yang ada cepat bosan dengan diet, asik-asik makanan yang sama je kan. Okeh aku nak kongsi dengan korang menu Salad Tomato Bersama Isi Ikan Dan Tempe Goreng.


Nak buat takdelah susah mana pun, senang sesangat, yang bestnya sedap plus kenyang lama pulak tu, meh aku bagi resepinya heeee ^____^

Alat Senaman Untuk Sit Up

Salam, okeh nak kongsi satu alat yang boleh membantu dalam mengecilkan perut buncit, bukan setakat perut buncit je, malah boleh kecilkan punggung dan selulit juga, alat nie aku dah beli lama dah, aku pernah entrykan disini Hasil Kemanisan Berblogging di blog personalku, tapi baru kini aku nak manfaatkan betul-betul heeee ^____^


alat senaman
Abdominal Exerciser

Monday, September 19, 2011

Projek Diet Hari Ke 4

Salam, Alhamdulillah Projek Diet Hari Ke 4 aku masih belum kantoi diet, kantoi diet maksud aku disini ialah aku masih berjaya mengawal nafsu makan ku dan berjaya dalam pengambilan kalori tidak lebih dari 1,100 kalori sehari dan berjaya menahan nafsu dari memakan NASI hehehe, bukan apa nasi lambat hadam, karbo pulak tinggi, so kalau dah makan nasi automatik akan makan lauk-lauk yang lain, kalau sedap menambah pulak kan? so sebab tu aku nak elak nasi dulu....ekekeke 

Okeh aktiviti untuk Projek Diet Hari Ke 4

  • Sit Up - 200x (Pagi 100x dan petang 100x)
  • takde skipping, perut kejang dek bersit up hehehe


Menu Sarapan Pagi - 1 Cawan Air Teh D'tox Shape Tea + Mihun Goreng Singapore - 250kcl

Snacks - Buah Pear - 60kcl

Lunch - 2 Ketul Ayam Goreng McD + Fries sikit (sekadar rasa) + Pepsi (sekadar rasa)- 500kcl

Dinner - Takde masih kenyang minum air banyak ^____^

Total Kalori = 810 Kalori (Alahai sikitnyeee, tapi seharian berasa kenyang sebab minum air masak banyak)



You can do it Yan!!!

Sunday, September 18, 2011

Projek Diet Hari Ke 3

Salam, untuk Projek Diet Hari Ke 3 (patut aku update sekali dengan entry INI, tapi takpelah) alhamdulillah aku masih belum kantoi diet lagi, semuanya berjalan dengan neutral dan jaya sekali, heeeee

Jom tengok apa yang aku buat untuk Projek Diet Hari Ke 3


  • Sit up - 100x
  • Skipping 2-3 minit je, anak kacau hehehe ada lagi tu alasan ^___^

Menu sarapan  - Teh D'tox dan 5 keping cucur udang - 302kcl

Lunch - Salad Tomato + Isi Ikan + Tempe - 400kcl

Snacks - Mix Fruit - 150kcl

Dinner - Salad Tomato - 100kcl

*Air masak minum banyak ^____^

Total Kalori = 952 Kalori

Alhamdulillah, mudahan semuanya dipermudahkan Projek Dietku ini ^_____^

You can do it Yan!!!

Menu Sarapan Projek Diet Hari ke 3

Salam, pagi nie bangun berkobar-kobar rasa untuk meneruskan Projek Diet Hari ke 3, sarapan yang aku sediakan merupakan menu kegemaranku juga iaitu cucur udang, fuhhh biasa kalau aku makan cucur udang nie memang tak panda belakang dah, tapi kali nie aku kena pandang depan, belakang, kiri dan kanan, hehehe.


Untuk tidak kempunan (konon je hahaha), aku makan 5 potongan kecil cucur udang, agak nipis aku buat, saje supaya tak banyak karbo yang aku makan, minum pula sebelum tu aku dah minum air kosong segelas baru aku minum 1 Cawan Air Teh D'tox Shape Tea nie, aku dah lama minum air teh nie, kira memang dah amalkan, so dah lali dengan rasanya, teh nie memang banyak manfaatnya, melawaskan pembuangan, buang segala toksin dan lemak, memang serasi dengan aku ^___^

Saturday, September 17, 2011

Projek Diet Hari Ke 2

Salam, hari nie baru menjejak ke Projek Diet Hari Ke 2, syukur semuanya berjalan dengan lancar, NO NASI hehee, sebutir pun tak masuk dalam mulut, berjaya menahan nafsu. Jom tengok apa yang saya makan semalam.

Breakfast : 1 Cawan Teh Body Shape Cosway - 2kcl

Snacks : 2 Ketul Tart Nenas *heheee tak tahan tengok duk atas meja* - 150kcl

Lunch : 2 Ekor Ikan Kembung Goreng - 280kcl


Snacks : Jeruk Nenas & Yakult Strawberry - 200kcl

Dinner : 1 Ekor Ikan Kembung Goreng & 1 Biji Buah Pear - 190kcl

Total Kalori = 822kcl


Friday, September 16, 2011

Projek Diet Hari Ke 1

Salam, untuk Projek Diet Hari Ke 1 tidaklah susah mana, mungkin aku dah biasa dengan berdiet nie, cuma dari segi aktiviti tu badan macam terkejut sikit sebab aku dah mula semula bersenam, berat pulak rasanya badan nie nak bergerak, sedih woooo, terkial-kial plus semput, hehehe.



Untuk menu pulak oklah tak berat sangat yang aku ambil, see aku tak update blog semalam sampaikan aku lupa apa yang aku makan semalam sebenarnya, hahahha tapi misi untuk tidak makan nasi gagal, sebab semalam ada open house dirumah kawan di Semenyih, kawan lama yang aku tak jumpa hampir 6 tahun, yelah sembang-sembang makan bersama, takkan tak makan pulak kan, nanti apa dia kata, so makanlah juga sikit heeee ^____^. Tapi malam tu jelah makan nasi tomato sikit plus 2 keping roti jala, siangnye memang takde makan pun, cuma makan tart nenas 2 ketul tu je dan minum air masak.

Ini baru 1st day tapi dugaan dah besar, hahhaa adoiiiiii

You can do it Yan!!!

Thursday, September 15, 2011

Kenapa Aku Nak Diet

Salam, okeh kadang-kadang orang tanya, Kenapa Aku Nak Diet? mestilah aku nak diet sebab aku nak kelihatan kecik sikit dari sekarang nie, sekarang nie banyak sangat nampak kecomelanku, naik segan nak bergaul dengan orang ramai, lagipun badan besar-besar nie betul buat aku rimas, nak bergerak cepat sangat penat, contoh macam naik tangga, baru panjat beberapa anak tangga aku dah letih, betul tau tak tipu, pedahal berat badan ku sebenarnya masih tahap ok, tapi ok pun over weight juga lah.


Gambar : http://howtocleanseyourbody.com

Aku berazam, sekiranya aku berjaya menurunkan berat badanku dalam tempoh 3 bulan, maksudnya sehingga hujung bulan 12, aku bersedia untuk pregnant anak ke 3, sekarang nie tak boleh lagi, sebab aku risau nanti berat badanku bertambah-tambah, nanti susah juga tak boleh nak bergerak sangat, kalau gemuk sangat nie time tulah penyakit semua datang, lagi-lagi kalau berbadan dua, memang senang sangat nak dapat kencig manis or darah tinggi, so aku takut yang tu je, sekurang-kurangnya kalau aku slim sikit takdelah time pregnant nanti aku penat nak bawa diri kan.

Petua Kurus Tanpa Berdiet

Salam, orang kata nak kurus boleh je tanpa berdiet, tapi aku nie tak bolehlah, kalau tak diet memang tak kurus, dah tu takde pulak aktivi, setakat ngemas rumah apalah sangatkan, alat bersenam ada pun tak digunakan, haishhhh kena banyak berubah nie!


Gambar : buyhcgnow.org

Tertarik dengan entry dari sini http://www.istimewa2u.blogspot.com/ so aku rasa ianya sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama, harapnya aku boleh disiplinkan diri..huhuhu -..-"

Projek Diet Bermula

Salam, page ini aku wujudkan untuk memantau aktiviti diet ku, harap berjayalah aku menurunkan berat badan nie, menakutkan pulak bila berat nie semakin naik mendadak, berat sangat dah, nak timbang pun jadi takut nak tengok angka yang keluar kat penimbang tu.

hem doa buat diri sendiri agar aku berjaya menurunkan berat badanku, dulu sebelum kahwin berat badanku cuma 42 kg, dapat anak kedua dan sekarang nie beratku kini **kg, Ya Allah banyaknya naik, nampak sangat aku abaikan bentuk tubuhku, nak diet semula, nak kelihatan slim macam dulu, tak dapat macam dulu dapat kurangkan 10kg dulu pun dah syukur sangat-sangat. Dulu dah slim, tapi naik balik sejak abaikan bab pemakanan, laju betul berat nie naik, haishhhh -..-"

Now nak cari seluar pun susah, tersekat kat peha, now aku perasan pulak perut semakin membuncit, Ya Allah kuatkanlah semangatku Ya Allah, mudahan aku berjaya menurunkan berat badanku ini, Amin.

You can do it Yan!!!