Thursday, January 5, 2012



Berpindah Ke My.Yanmieonline.com


Wednesday, January 4, 2012

Herbalife Slimming Shake Menjadi Pilihan

Salam, kali ini dengan bersertakan Azam Baru 2012, saya Ambil Herbalife Slimming Shake untuk membantu perjalanan diet saya, harapan sangatlah besar agar impian dapat dicapai, insyaallah. 


Kenapa Herbalife Slimming Shake Menjadi Pilihan?
Ini kerana selepas saya melihat testimoni dari rakan saya sendiri, terkejut sangat melihat gambar sebelum dan selepas beliau mengambil produk ini, apa pun disiplin itu penting, kalau dia boleh kenapa saya tidak boleh? ecewahhhh ^____^

Kurangkan Aktiviti Membakar Kek/Kuih Muih

Salam, saya dah bincang dengan suami, saya akan Kurangkan Aktiviti Membakar Kek/Kuih Muih since Aiman pun dah start sekolah semula, sepanjang cuti sekolah meriah sangat dapur ni, macam-macam benda manis saya buat, saya pun join sekali makan even sikit pun, yelah dah sikit macam mana pun kalau benda manis-manis ni tetap juga kalorinya tinggi.


Pavlova, 3 kali saya buat dalam bulan 12, bayangkannnnnn....

Sekarang Muka Pun Membulat

Salam, badan dah naik semestinya muka pun menembam, pipi macam nak pecah, dagu berlapis, owhhh malunyaaa hahahhaa hiks nak buang cepat-cepat ketembaman kat muka ni gggrrrrrr *konon marah* hehee


Post gambar ni kat FB, bestfriend saya tegur, "eh betul ke ko tu Yan?", see soalan yang tak patut saya dengar hehee, ok nanti saya ubah saiz muka saya kat atas, insyaallah nak dapat pipi yang comel dan body yang cun untuk suami tercinta ^____^

Dulu Kurus Macam Ni

Salam, hihihi post gambar lama untuk pembakar semangat, caya tak gambar saya kat bawah ni berat dalam 48kg je kot, sekarang ni tok sah tanyalah, dah berjaya slim kang saya reveal berat saya sekarang hahahaa. 


Time ni anak 2 pun boleh maintain lagi berat, tu pun jenuh nak turunkan lepas bersalinkan Haziq, 3-4 bulan saya berjaya turun sampai 10kg, terbaikk dalam hidup, tetapi kenapa sekarang agak susah nak disiplinkan diri macam masa mula-mula berpantangkan haziq ek?? ke nak kena ada baby lagi baru boleh turun berat dengan cepat? hehehe


Ambil Herbalife Slimming Shake

Salam, Azam Baru 2012 dah nekad nak turunkan berat badan, taknak main-main dah, takde masa untuk tu semua, berat semakan menaik, rasa rendah diri semakin meninggi, badan pulak semakin tak selesa alahaiiii, so bulan lepas saya mulakan pengambilan Herbalife Slimming Shake alhamdulillah memang nampak pernurunan berat badan, tetapi selepas tu saya skip dalam 2 minggu sebab cuti sekolah balik kampung suami, makan memang takde jaga langsung, sob..sob...lagipun tak bawa balik shake ni.


Sekarang ni nak qada hari-hari yang lepas, hari-hari yang saya tak pantau pemakanan, kena lebih berdisiplin, kawan cakap kalau ambil produk ni secara konsisten dan berdisiplin disamping kawal pemakanan dan ambil makanan yang berkhasiat insyaallah pasti teruja dengan hasilnya.


Azam Baru 2012

Salam, haishhhh lama betul tak menulis disini, hari tu sebab password lupa, ni dah ingat pass tapi malas pulak, insyaallah saya akan sentiasa update blog ini untuk memantau perjalanan diet saya, Azam Baru 2012, saya nak lebih sihat dan slim, nekad dah ni, insyaallah doakan saya berjaya yea.



Buat masa ni berat masih sama, kadang-kadang naik sikit bila terlebih makan tapi alhamdulillah turun semula, berat yoyo ye lah ni, lepas ni nak pantau betul-betul, banyak KG yang perlu diturunkan ni.

You can do it Yan!!!