Friday, September 16, 2011

Projek Diet Hari Ke 1

Salam, untuk Projek Diet Hari Ke 1 tidaklah susah mana, mungkin aku dah biasa dengan berdiet nie, cuma dari segi aktiviti tu badan macam terkejut sikit sebab aku dah mula semula bersenam, berat pulak rasanya badan nie nak bergerak, sedih woooo, terkial-kial plus semput, hehehe.



Untuk menu pulak oklah tak berat sangat yang aku ambil, see aku tak update blog semalam sampaikan aku lupa apa yang aku makan semalam sebenarnya, hahahha tapi misi untuk tidak makan nasi gagal, sebab semalam ada open house dirumah kawan di Semenyih, kawan lama yang aku tak jumpa hampir 6 tahun, yelah sembang-sembang makan bersama, takkan tak makan pulak kan, nanti apa dia kata, so makanlah juga sikit heeee ^____^. Tapi malam tu jelah makan nasi tomato sikit plus 2 keping roti jala, siangnye memang takde makan pun, cuma makan tart nenas 2 ketul tu je dan minum air masak.

Ini baru 1st day tapi dugaan dah besar, hahhaa adoiiiiii

You can do it Yan!!!

No comments:

Post a Comment